Pelakon baru, Neelofa sememangnya menjadi satu fenomena baru dalam dunia seni, kehadirannya bukan sahaja menjadi perhatian peminat hiburan, namun ramai produser dan juga penerbit yang mahu khidmatnya. Tapi dalam tidak disangka, ada juga khbar cerita yang Neelofa ni kaki gaduh, dulu ada orang kata dia dengan Fazura kini pula dengan Fasha Sandha, namun Neelofa menafikan yang dia kaki gaduh.

Nealofa default 509141166 Neelofa Nafi Kaki Gaduh Dan Ancaman

Selain daripada itu kehadiran Neelofa juga dikatakan sebagai satu ancaman kepada artis-artis yang lain. Sebab mungkin banyak tawaran yang diterima Neelofa agaknya menjadikan ramai segelintir artis tidak senang. Tapi biasalah, periuk lain, lauk lain-lain la. Tak perlu nak dengki-dengki, rezeki masing-masing. Yang penting Neelofa kini masih bersih lagi daripada gosip liar/panas.

neelofa 200x300 Neelofa Nafi Kaki Gaduh Dan Ancaman

Memandangkan sebelum ini Neelofa juga dikatakan bergaduh dengan Fazura, timbul juga cakap-cakap yang mengatakan dia dianggap sebagai ancaman terbaru kepada pelakon-pelakon lama. Ini kerana nama Neelofa mula menjadi sebutan ramai penerbit dan pengarah kerana memiliki wajah jelita di samping bakat berlakon.

Mengulas tentang perkara itu, Neelofa dengan rendah diri menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk mengancam mana-mana pelakon. Baginya kehadiran dalam industri adalah kerana minatnya dalam lakonan.

“Sebagai pendatang baru, saya tidak melihat kehadiran saya sebagai ancaman kepada mana-mana pelakon baru. Masih banyak yang perlu saya pelajari dalam dunia lakonan ini. Saya juga tidak setuju kalau ada yang mendakwa saya adalah ancaman kepada pelakon-pelakon lama. Bagi saya, setiap pelakon ada rezeki masing-masing. Saya tidak pernah berniat mahu mengganggu sesiapa pun,”ujar Neelofa lagi.

banner468x60 Neelofa Nafi Kaki Gaduh Dan Ancaman
==============================

Sementara itu, Neelofa juga enggan mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Hans Isaac. Jelas anak jati Kelantan ini tidak manis untuknya berbuat begitu memandangkan penggambaran Nasi Lemak Santan yang diarahkan oleh Hans masih belum selesai. Bagaimanapun, Neelofa sempat memuji Hans dengan mengatakan Hans sebagai seorang pengarah yang serba-boleh.

banner300x250 Neelofa Nafi Kaki Gaduh Dan Ancaman

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post