anwar `Saya Tidak Akan Lari’ – Anwar

MUAR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak gentar untuk dipenjara sekiranya mahkamah pada 9 Januari ini memutuskannya bersalah dalam kes liwatnya.

==============================

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dia boleh memilih untuk lari dari Malaysia bagi menyelamatkan diri daripada hukuman tersebut tetapi tidak mahu berbuat demikian.

“Tahu tak sembilan haribulan ini mahkamah nak putus (kes liwat), saya ada pilihan boleh duduk di Arab atau Turki, duduk sana tak balik. Saya tidak mahu duduk penjara, saya duduk luar (negara). Nak maki, makilah, sekarang tak duduk penjara pun kena maki juga.

“Tapi saya bincang dengan (Datin Seri Wan) Azizah dan keluarga, mereka setuju lawan, pertahankan hak, pertahankan maruah dan jaga kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap di Kampung Parit Samsu di sini malam tadi.

Pada 9 Januari ini Anwar akan mengetahui nasibnya sama ada akan dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26.

KEDAILELAKI `Saya Tidak Akan Lari’ – Anwar

Use Facebook to Comment on this Post