Faradhiya 19 228x300 Farahdhiya Selalu Turun Dari Lamborghini?

 

KUALA LUMPUR – Pelakon drama terkenal, Faradhiya, dikatakan sering turun dari kenderaan mewah berjenama Lamborghini yang dipercayai milik seorang jutawan pemilik rangkaian hotel yang digosipkan mempunyai hubungan rahsia dengannya.

Laman blog hiburan terkenal, Rotikaya.com membuka persoalan tersebut apabila menyatakan bahawa kelibat artis seksi itu dikatakan intim dengan seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun dan berwajah mirip Timur Tengah.

“Bukan calang calang, kekasih hati Faradhiya ini merupakan seorang saudagar bidang perhotelan yang memiliki rangkaian hotel sendiri di sekitar Putrajaya sehingga ke pantai Timur.

banner468x60 Farahdhiya Selalu Turun Dari Lamborghini?
==============================

“Mungkinkah Faradhiya bakal bergelar isteri kedua kepada lelaki berusia 37 tahun ini? Maklum’lah, banyak mata yang sudah terpandang Faradhiya sering turun dari kereta mewah Lamborghini lelaki ini,” kata pemilik blog tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, Rotikaya.com juga mendakwa bahawa lelaki tersebut merupakan suami orang dan merahsiakan hubungannya dengan Farahdhiya dari pengetahuan umum.

“Jejaka yang berwajah ala pemuda Timur Tengah ini merupakan suami orang & khabarnya hubungan mereka masih rahsia,” tulis pemilik blog itu lagi.

Biar apa pun, Faradhiya menjawab gosip dari blog tersebut memandangkan ia mampu mengundang fitnah terhadapnya sekiranya apa yang diperkatakan itu tidak benar.

Dunia tanpa sempadan di akhir zaman ini sering menjadikan internet sebagai medium melaporkan sesuatu yang berunsur dakwaan nakal yang boleh membawa kepada perkara yang lebih serius – fitnah.

Namun begitu, Faradhiya sangat dialu-alukan untuk berkata benar memandangkan dakwaan tersebut mempunyai saksi dan sewajarnya selebriti itu berterus terang serta tidak berdolak-dalik kerana menipu adalah berdosa sama sekali menurut Islam.

Semoga para artis kita bersih dari segala dosa fitnah dan membersihkan diri dari sebarang kontroversi yang boleh memalitkan seribu kekotoran pada mereka yang sering menjadi tumpuan para peminat industri hiburan tanahair.

banner300x250 Farahdhiya Selalu Turun Dari Lamborghini?

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post