tpm1 Usah Persiakan Usaha Bangunkan Negara

 

ALOR GAJAH – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat agar tidak mempersiakan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga menjadikan Malaysia diiktiraf termaju bagi sebuah negara membangun.

Beliau berkata pencapaian negara itu perlu diteruskan dengan pelbagai usaha yang dirancang kerajaan demi mengekalkan keamanan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Usaha yang telah kita buat selepas titik peluh ibu bapa kita, pemimpin terdahulu yang telah berjuang memerdekakan negara hingga hari ini kita menjadi sebagaimana yang kita saksikan… sebab itu, usaha yang telah kita bangunkan ini jangan kita persiakan,” katanya ketika berucap pada makan malam rakyat Parlimen Masjid Tanah.

Muhyiddin berkata rakyat harus memberi penilaian yang baik terhadap usaha yang dilakukan kerajaan.

banner468x60 Usah Persiakan Usaha Bangunkan Negara
==============================

“Kita tidak boleh menafikan hakikat dalam tempoh sejak merdeka sampai ke hari ini kerana pimpinan BN yang telahpun mengatur dan mengorak langkah menyusun dan merancang dengan begitu baik,” katanya.

Beliau berkata rakyat juga harus menilai perjuangan parti pembangkang yang membawa ideologi bertentangan dengan agama, adat resam dan norma kehidupan negara ini.

Katanya, jika rakyat tidak mempertahankan nilai murni, negara akan berdepan masalah besar pada masa akan datang.

Pembangkang, katanya, tidak mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju dan hanya berhasrat menumbangkan kerajaan sedia ada.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut melancarkan Gelombang Biru Melaka dan jentera pilihan raya BN Parlimen Masjid Tanah. – BERNAMA

banner300x250 Usah Persiakan Usaha Bangunkan Negara

Use Facebook to Comment on this Post