Azza Minta Maaf Dikatakan Jahil Agama Azza Minta Maaf, Dikatakan Jahil Agama

Azza Minta Maaf, Dikatakan Jahil Agama

 

KUALA LUMPUR – Belum pun cukup seminggu pelakon dan penyanyi wanita, Nor Azzarima Zawari, 34, atau Azza bergelar sebagai isteri, timbul pula cerita kurang enak tentang beberapa pihak yang melabelkan dirinya sebagai seorang artis yang jahil agama.

Isu itu timbul apabila terdapatnya sebuah blog gosip hiburan yang menulis artikel perihal seorang artis yang jahil agama tidak menutup aurat ketika bernikah di dalam masjid.

Azza sewaktu membaca penulisan di blog itu sedar cerita itu ditujukan khas buat dirinya walaupun artikel itu langsung tidak menyebut namanya.

Terpukul dengan gelaran ‘kasar’ yang diberikan kepada dirinya, Azza sendiri tampil meminta maaf secara terbuka tentang kesilapan yang dia sendiri pandang ringan.

Malah, Azza turut meluahkan rasa kesalnya di laman sosial Twitternya kerana tidak mengambil serius tentang adab sewaktu bernikah di dalam masjid.

Pun begitu, jelas penyanyi wanita itu, dia tidak berasa selesa dan kecewa apabila kenyataannya meminta maaf dan menyesal di atas perbuatannya seolah-olah tidak diterima dan aib dirinya terus diperkatakan.

azzaelitemengamuk2 300x86 Azza Minta Maaf, Dikatakan Jahil Agama

azzaelitemengamuk 300x96 Azza Minta Maaf, Dikatakan Jahil Agama

banner468x60 Azza Minta Maaf, Dikatakan Jahil Agama
==============================

Hujung minggu lalu, Azza selamat dinikahkan dengan pramugara penerbangan AirAsia, Azlan Zulaily oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa, Ustaz Hakim Abdul Rahman selepas solat Asar.

banner300x250 Azza Minta Maaf, Dikatakan Jahil Agama

Use Facebook to Comment on this Post