Info permohonan tentang program tajaan mara tahun 2012 untuk lepasan spm 2011. Bawah ni ialah beberapa perkara yang perlu korang kena tahu pasal program ini sebelum korang pasti akan buat permohonan mara ni.
Syarat Asas
1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera
2. Warganegara Malaysia
3. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
4. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011 bagi kali pertama Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
5. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti aids, hiv.
Syarat Khas
Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan minimum bagi mengikut program berikut :
Cara memohon
Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di portal ePermohonan mara. Permohonan program pinjaman pelajaran mara menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di halaman utama ePermohonan.
Take note : Pendaftaran akaun adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.
Selepas mengisi borang atas talian, pemohon perlu isi borang manual yang perlu ditulis kod program yang dipohon di atas ruangan gambar. Muat turun borang di borang permohonan pinjaman pelajaran mara. Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan sebaik sahaja permohonan atas talian (online) dibuat. Hantar borang tersebut ke :
Program Khas Lepasan SPM 2011
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan Raja Laut
50609, Kuala Lumpur
Tarikh Tutup 
Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu sampai ke mara sebelum atau pada 25 April 2012.
Panggilan temuduga 
Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih program ijazah luar negara boleh disemak mulai 7 Mei 2012 di laman web mara.
Keputusan permohonan
Semakan permohonan yang lulus bagi program ijazah dlalam negara dan program cemerlang IPMa boleh disemak bermula pada 15 Mei 2012. Semakan keputusan pemohon berjaya bagi program ijazah luar negara boleh disemak bermula pada 1 Jun 2012.
Semua semakan boleh dibuat di laman web mara.
KEDAILELAKI Permohonan Program Tajaan Mara 2012

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post