image Pippa Middleton acu pistol?
banner468x60 Pippa Middleton acu pistol?
==============================

Mungkin kerana tidak selesa apabila sentiasa menjadi bahan intipan, salah seorang rakan selebriti terkenal, Pippa Middleton, telah mengacukan pistol ke arah paparazzi yang mengikut mereka.

Walaupun mereka berada dalam sebuah kereta jenis Audi, namun rakannya itu tidak teragak-agak untuk menggunakan sepucuk pistol, tanda amaran.

Tindakan itu disedari oleh Pippa sendiri dan bintang itu bagaimanapun tersenyum lebar dengan tindakan rakannya.

Tanpa menyedari tindakan itu bakal menimbulkan masalah, mungkin Pippa dan rakannya menganggap itu hanya sekadar gurauan biasa.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh ditangkap dan dihukum penjara selama tujuh tahun kerana menyalahgunakan senjata.

banner300x250 Pippa Middleton acu pistol?

Use Facebook to Comment on this Post