
Jason Mraz Gegar Stadium Merdeka 19 Jun
Pernah mencipta kejayaan besar dengan lagu ‘I’m Your’ tidak lama dahulu, Jason kembali dengan buah tangan terbaru berjudul ‘Love Is a Four Letter Word’ yang menampilkan single pertama, ‘I Won’t Give Up’. Dalam mempromosikan album terbarunya ini, Mraz dijangka akan menggegarkan Kuala Lumpur buat kali kedua dalam konsert yang dijangka akan berlangsung pada 19 Jun ini.
Dikenali dengan lagu-lagu ‘easy-listening’ yang mampu membuai perasaan, konsert yang akan berlangsung di Stadium Merdeka ini tentunya menjanjikan persembahan yang lebih hebat berbanding kunjungan sebelum ini.
Lebih menarik pada setiap pembelian tiket yang ke 200, 400, 600, 800, 1000, 1200, 1400 dan 1600, pembeli berpeluang mendapatkan pas eksklusif bertemu bintang kesayangan ramai ini secara percuma.
Tiket-tiket konsert berharga RM75, RM95, RM185, RM235, RM295 dan RM345 boleh didapati di semua cawangan kedai muzik Rock Corner atau pembelian di laman web www.AirAsiaRedtix.com.
Konsert ini dibawakan oleh Scenique Concerts & Events Sdn. Bhd. dan Live Limited dengan kerjasama Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Pada peminat setia Jason Mraz, jangan lepaskan peluang ini!



