Abby Abadi Bakal Setia Dengan ‘Umairaku Sayang’

Abby Abadi Bakal Setia Dengan ‘Umairaku Sayang’

 

Pelakon wanita, Abby Abadi banyak melakukan perubahan dalam hidupnya selepas satu-persatu masalah atau dugaan yang datang dalam hidupnya.

Bermula dari kecundang dalam alam perkahwinan, kemudian hubungan cintanya dengan seorang pelakon lelaki juga berakhir, Abby Abadi masih lagi tabah mengharungi detik-detik kesukaran itu.

Semangatnya tidak pernah luntur untuk bangun semula dari setiap kegagalan yang menerjah dalam hidupnya.

Menjadi sebagai seorang ibu tunggal juga membuatkan dirinya sentiasa dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

Namun, itu semua bukanlah menjadi halangan untuk Abby Abadi bangkit lagi dalam kehidupannya.

Selepas percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah yang Tuhan ciptakan untuk dirinya, Abby Abadi telah melakukan penghijrahan terhada dirinya.

Sekembalinya dari menunaikan umrah bulan lalu, Abby Abadi tampil manis dengan bertudung.

Semenjak dari perubahan yang dilakukan itu jugalah, Abby Abadi banyak memuhasabah diri dan mendekatkan dirinya dengan Allah S.W.T.

banner468x60 Abby Abadi Bakal Setia Dengan ‘Umairaku Sayang’
==============================

Dia juga dilihat banyak menghadiri ceramah-ceramah keagaaman.

Tetapi, tidak ramai yang mengetahui perkembangan kerjayanya sekarang memandangkan rezekinya dalam dunia lakonan semakin merundum sejak dia mengenakan hijab.

Terbaru, Abby Abadi bakal membuka perniagaannya sendiri di mana dia akan menjual kain telekung dan hijab di bawah label ‘Umairaku Sayang’.

Di laman Instagramnya, Abby Abadi turut berkongsi kegembiraannya untuk memulakan perniagaannya itu.

Produk telekungnya bakal berada di pasaran sebelum Ramadhan menjelma. Semoga Abby semakin bahagia meniti kehidupannya yang baru ini.

 Abby Abadi Bakal Setia Dengan ‘Umairaku Sayang’

banner300x250 Abby Abadi Bakal Setia Dengan ‘Umairaku Sayang’

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post