England, Perancis Ke Suku Akhir

England, Perancis Ke Suku Akhir

 

ENGLAND muncul juara Kumpulan D selepas menewaskan tuan rumah bersama, Ukraine 1-0 hasil jaringan tunggal Wayne Rooney pada minit ke-48, awal pagi tadi.

Perancis pula sekadar bergelar naib juara selepas tewas 0-2 kepada pasukan yang sudah pun tersingkir, Sweden 0-2 menerusi jaringan Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-54 dan Sebastian Larsson minit ke-90.

Selepas tamat tiga perlawanan, England teratas dengan 7 mata diikuti Perancis (4), Ukraine (3) dan Sweden (3).

banner468x60 England, Perancis Ke Suku Akhir
==============================

Pada suku akhir nanti, England bakal bertemu naib juara Kumpulan C, Itali manakala Perancis bertemu juara Kumpulan C, Sepanyol.

Dua lagi suku akhir membabitkan Republik Czech bertemu Portugal dan Jerman bertemu Greece.

banner300x250 England, Perancis Ke Suku Akhir

Use Facebook to Comment on this Post