Fimie Don Tolak Watak Budak, Sudah Besar

Fimie Don Tolak Watak Budak, Sudah Besar

 

KUALA LUMPUR – Pelakon remaja lelaki yang dahulunya dikenali ramai, Fimie Don, 14, mengakui dia sekarang ini terpaksa menolak banyak tawaran berlakon bagi watak kanak-kanak.

Ini kerana dirinya sudah semakin matang selari dengan usianya yang sudah meningkat.

Kerana memikirkan umur dan fizikalnya yang sudah membesar, Fimie Don yang popular menerusi drama bersiri Hikayat Putera Syazlan terpaksa menerangkan kepada semua penerbit dan pengarah yang dia sudah tidak sesuai melakonkan watak kanak-kanak.

Bagaimanapun, Fimie Don menolak semua tawaran yang diterima secara baik bagi mengelakkan sebarang masalah atau spekulasi buruk yang diberikan terhadap dirinya.

“Sampai sekarang masih ada penerbit dan pengarah yang menawarkan watak itu kerana saya sudah remaja. Fizikal saya naik mendadak semasa saya 13 tahun. Saya dah tinggi jadi macam mana saya nak bawa watak kanak-kanak?

“Ada pihak produksi beria-ia mahu saya berlakon untuk drama mereka dan saya terpaksa tolak secara baik,” kata Fimie Don yang dipetik dari akhbar Pancaindera, semalam.

Fimie Don yang mengakui dia tidak menyalahkan mana-mana pengarah atau penerbit yang tidak mengetahui perkembangan dirinya yang kian dewasa.

Justeru itu, dengan penjelasan yang diberikan, dia berharap agar semua pihak mengerti dengan alasan yang dia berikan dan bukanlah menuduh Fimie Don tidak lagi berkebolehan dalam dunia lakonan.

“Saya tak salahkan mereka. Mungkin mereka tak tahu perkembangan saya sebab saya jarang keluar di akhbar atau majalah.

banner468x60 Fimie Don Tolak Watak Budak, Sudah Besar
==============================

“Saya harap jangan pula ada pihak yang salah faham dan menganggap saya ni cuba beri alasan sebab dah tak laku,” katanya.

banner300x250 Fimie Don Tolak Watak Budak, Sudah Besar

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post