Saiful Apek, 3 Rakan Bebas Daripada Tuduhan Dadah

Saiful Apek, 3 Rakan Bebas Daripada Tuduhan Dadah

 

PETALING JAYA – Pelawak dan pelakon terkenal, Saiful Apek dan tiga rakannya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, daripada tuduhan memasukkan dadah ganja ke dalam badan, dua tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29.

 Saiful Apek, 3 Rakan Bebas Daripada Tuduhan Dadah

Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dekat sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010.

banner468x60 Saiful Apek, 3 Rakan Bebas Daripada Tuduhan Dadah
==============================

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.

banner300x250 Saiful Apek, 3 Rakan Bebas Daripada Tuduhan Dadah

Use Facebook to Comment on this Post