
Anak Tiri Penyanyi Usher Alami Mati Otak
Amerika Syarikat – Anak tiri penyanyi rap Usher, yang terlibat dalam kemalangan tragis bersama rakan perempuannya berusia 15 tahun, kini disahkan mengalami mati otak.Setakat ini masih belum ada keputusan sama ada mesin sokongan hayatnya akan dimatikan.
Menurut doktor, sejak dibawa ke Hospital Atlanta, otak Kyle tidak menunjukkan sebarang aktiviti.Kejadian berlaku ketika Kyle Glover, 11 dan rakannya itu berada di dalam bot di tasik Lanier apabila sebuah jet ski melanggar mereka.
Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri.Ibu Kyle, adalah bekas isteri Usher iaitu Tameka Foster.
Susulan kejadian itu, Usher dilaporkan menyewa sebuah jet peribadi untuk membawa bekas isterinya melawat Kyle.Punca kemalangan itu masih dalam siasatan dan Usher dilaporkan boleh mengemukakan saman dalam kejadian berkenaan.
Usher dan Tameka mempunyai dua orang anak bersama iaitu Usher Raymond V, 4, serta Naviyd, 3.Kedua-dua mereka masih terlibat dalam proses perebutan hak penjagaan ke atas dua anak mereka.



