Enggan menuding jari ke arah mana-mana pihak, tiga pemuda yang lantang bersuara ini berkata, siapa makan cili akan terasa pedasnya.
Mereka kecewa apabila kumpulan muzik tempatan tidak diberikan peluang sama rata, sebaliknya menyifatkan orang kita lebih mengagung-agungkan penyanyi luar.
Terutama dengan fenomena K-pop ketika ini, sehingga jutaan ringgit dilaburkan untuk mengundang kumpulan Korea, manakala band tempatan hanya ditampil dalam persembahan percuma.
Kami sudah tidak tahan dengan sikap double standard terhadap band tempatan.
Kami faham penganjur boleh buat duit dengan mengundang penyanyi antarabangsa.
Tapi bagaimana nasib band tempatan?
Sesuatu perlu dilakukan supaya masyarakat tidak terlalu bergantung kepada konsert percuma. Sudah tiba masanya masyarakat dididik untuk mengeluarkan duit bagi menonton konsert.
Inilah silapnya apabila orang ramai terlalu didedah dengan konsert percuma.
Penganjur pula berpendapat, apabila persembahan membabitkan artis dan band tempatan, ia mesti dilakukan secara percuma.
Jika begitu, band tempatan tidak boleh cari makan, kata.
Sedarkan masyarakat
Lagu Kita Perang Kita Menang ialah terjemahan mereka terhadap isu berkenaan.
Bagi Bunkface, lagu menjadi langkah pertama dalam memperjuangkan nasib penggiat muzik tempatan.
Penyanyi lain mungkin tidak berani lantang bersuara dalam album mereka, tetapi tidak bagi kumpulan ini. Mereka tidak gentar jika lagu Bunkface diharamkan di corong radio kerana niat mereka hanyalah untuk menyedarkan masyarakat agar tidak terus ditindas.
Kami kumpulan punk rock, takkanlah tiba-tiba hendak tukar konsep kepada lagu cinta pula? Apa pun, lagu kami bukan bertujuan memprotes, tetapi untuk menyedarkan masyarakat.
Perkara itu juga antara yang mengecewakan kami, apabila pemuzik ada kalanya tidak bebas berkarya.
Bila buat lebih-lebih, pasti kena.
“Ketika tujuan kami hanya mahu menyelamatkan industri, ada yang menuduh kami hendak menghancurkannya, kata sam.
Incoming search terms:
- bunk not dead (1)



