
Guru Sambilan Dinobat Miss Tourism Malaysia
PETALING JAYA – Guru sambilan, Jun Yong Wan Jun, dinobat sebagai Miss Tourism Malaysia (MTM) 2012 selepas mengalahkan 16 peserta lain pada pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam tadi.
Jun Yong, 20, akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Tourism International (MTI) 2012 yang melibatkan 59 negara.
Tempat kedua dimenangi Michelle Fong Kah Yin manakala ketiga, Valeria Chua Hui Chin.
Miss Tourism International tahun lepas, Aileen Gabriella Robinson, yang juga Miss Tourism Malaysia 2011, menyarungkan mahkota kejuaraan kepada Yong sambil disaksikan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz.
MTM adalah platform untuk mencari bakat bagi menyertai MTI 2012 pada 31 Dis tahun ini serta mempromosi pelancongan negara.
Acara yang berlangsung selama 11 hari dan bermula 3 Julai itu menyaksikan peserta terlibat dalam pelbagai program promosi serta aktiviti amal. — BERNAMA
Incoming search terms:



