‘Jejaka Idaman 2.0′ Nafas Baru Dari Lynnzay A.

‘Jejaka Idaman 2.0′ Nafas Baru Dari Lynnzay A.

 

Lagu berjudul ‘Jejaka Idaman’ hasil nyanyian penyanyi dan pelakon, Raja Ema pernah menjadi fenomena dan pilihan di hati para peminat suatu ketika dahulu sekitar tahun 1986.

Tetapi, selari dengan perubahan masa dan kehendak peminat-peminat muzik, seorang artis wanita yang mempunyai latar belakang sebagai artis telah memberikan nafas baru dalam lagu tersebut.

Lunnzay Affandy atau Lynnzay A. telah memberikan suntikan baru ke dalam pembawakan lagu Raja Ema itu dengan melakukan sedikit perubahan dan diberi judul baru iaitu ‘Jejaka Idaman 2.0′.

Komposer asal lagu itu adalah Fauzi Marzuki namun telah diolah semula oleh Amylea Azizan dengan menambahkan lirik yang sedikit puitis ke dalam lagu itu.

Susunan muzik dalam ‘Jejaka Idaman 2.0′ pula telah dihasilkan oleh DJ Fuzz di mana beberapa elemen baru telah dimasukkan sesuai dengan imej dan gaya yang dibawa oleh Lynnzay A.

Turut terlibat dalam pembikinan semula lagi itu bersama dengan artis lincah itu adalah seorang ‘rapper’, Juzzthin yang menyanyi di bahagian korus.

Menyingkap sedikit cerita perjalanan karier Lynnzay A., wanita itu telah bergelar sebagai artis sejak tahun 2008 lagi dengan menganggotai kumpulan ‘Senoritas’ di bawah pengurusan syarikat milik Reshmonu.

Selepas itu, Lynnzay A. meneruskan kerjayanya sebagai seorang wartawan dunia politik.

Tetapi, dalam masa yang sama, dia meneruskan rentaknya dengan masih lagi aktif menghasilkan lagu hasil gubahannya sendiri.

banner468x60 ‘Jejaka Idaman 2.0′ Nafas Baru Dari Lynnzay A.
==============================

Namun, Lynnzay nekad untuk bergerak solo sebagai artis selepas kumpulan itu berpecah kerana minatnya dalam dunia muzik terlalu mendalam.

Semoga perjalanan seni Lynnzay A. akan membuahkan hasil demi cita-citanya untuk bergelar seorang artis yang berjaya.

banner300x250 ‘Jejaka Idaman 2.0′ Nafas Baru Dari Lynnzay A.

Use Facebook to Comment on this Post