
Kerabat Arab Saudi Mohon Suaka Di UK
London – Seorang kerabat diraja Arab Saudi telah memohon mendapatkan suaka politik di Britain atas alasan bimbang dengan keselamatannya, sekali gus bakal membangkitkan ketegangan dalam hubungan diplomatik antara kedua negara.
Puteri Sara binti Talal bin Abdulaziz Al Saud, merupakan anak saudara kepada pemerintah Arab Saudi.
Beliau kini menetap di London selepas mendakwa pegawai kanan Arab Saudi merancang untuk menculiknya dan membawanya pulang susulan dakwaan dia menyokong parti pembangkang di Arab Saudi.
Ibu kepada empat anak yang berusia 38 tahun itu juga mendakwa telah diugut dan dipukul manakala anak-anaknya pula dikatakan cuba dirampas daripadanya atas alasan politik.
Beliau kini menyewa sebuah hotel lima bintang bersama empat anak dan dua anjing miliknya.
Puteri Sara telah menetap di Britain sejak 2007 dan terlibat dalam perebutan harta milik ibu mereka yang bernilai £325 juta dengan abangnya, Putera Turki bin Talal bin Abdulaziz al Saud.
Permohonannya kini akan dinilai oleh menteri kabinet Britain bagi menentukan sama ada beliau layak menerima suaka atau perlu dihantar pulang ke negaranya di
Dalam pada itu, dalam satu kenyataan, Puteri Sara berkata, beliau menuntut suaka politik memandangkan visa anaknya telah tamat tempoh.
“Dengan rasa kesal, saya tidak mempunyai pilihan lain selain memohon kepada Jabatan Dalam Negeri Britain untuk memberikan taraf suaka politik kepada kami sekeluarga.
“Reputasi saya selama ini telah terjejas akibat tuduhan media yang tidak berasas dan sejak bertahun lalu, kini saya tidak akan berdiam diri lagi.
“Apa yang saya mahu adalah hak saya supaya kami sekeluarga dapat meneruskan kehidupan dengan penuh rasa hormat,’’ katanya.
Sementara itu, kedutaan Arab Saudi di Britain memaklumkan, pihaknya kini berusaha menyelesaikan masalah visa tersebut.
“Ia adalah masalah peribadi, jadi tidak banyak yang dapat dibantu oleh kerajaan namun ia bukan isu politik,” kata kenyataan daripada kedutaan berkenaan.
Incoming search terms:



