Sudah banyak para ahli yang memperingatkan bahawa makan junk food atau makanan cepat saji boleh berbahaya untuk tubuh. Tapi seorang wanita malah hanya mahu makan pizza selama 31 tahun. Kerana kebiasaan tersebut, kini nyawanya pun harus terancam.

Selama 31 tahun terakhir, Claire Simmons (33 tahun) hanya mahu makan pizza keju atau tomato. Dan kini doktor memperingatkan bahawa ia akan meninggal bila tidak juga berhenti dari kebiasaan makannya yang aneh.

389 m Nyawa Terancam Kerana Hanya Makan Pizza Selama 31 Tahun

Doktor mendiagnosis Claire dengan Selective Eating Disorder (gangguan makan selektif), keadaan aneh yang dapat meningkatkan risiko stroke atau serangan jantung di kemudian hari.

“Saya menjaga kesihatan tubuh dengan berolahraga dan minum banyak air putih,” ujar Claire Simmons, seperti dilansir Thesun, Isnin (13/2/2012).

Tapi dokter mengatakan tubuh Claire akan menimbun banyak masalah di masa depan kerana kurangnya vitamin dan mineral yang boleh menyebabkan stroke dan serangan jantung.

Untuk tetap sihat, para ahli merekomendasikan diet bervariasi, termasuk beberapa porsi sayuran dan buah.

banner468x60 Nyawa Terancam Kerana Hanya Makan Pizza Selama 31 Tahun
==============================

“Saya benar-benar takut pada buah dan sayuran. Saya begitu marah ketika orang berfikir saya bersikap yang bukan-bukan, ini adalah keadaan medis yang nyata,” jelasnya.

Catherine Collins mengatakan bahawa memiliki kebiasaan makan aneh saja mungkin tidak akan menimbulkan masalah, tapi menghilangkan seluruh kelompok makanan sihat dalam menu Anda tentu akan memiliki implikasi kesihatan jangka panjang.

“Diet terbatas pada beberapa makanan saja akan membuat tubuh memiliki kandungan antioksidan dan serat yang lebih sedikit. Hal ini akan membuat Anda lebih berisiko mengalami penyakit jantung dan kanser,” jelas Catherine Collins dari British Dietetic Association.

Selain itu, diet tanpa buah dan sayuran akan membuat tubuh lebih tinggi kalori. Hal ini terkait dengan kenaikan berat badan, sembelit dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung.

banner300x250 Nyawa Terancam Kerana Hanya Makan Pizza Selama 31 Tahun

Use Facebook to Comment on this Post