KUALA LUMPUR – Pizza Hut menawarkan pengalaman makan tengah hari lima bintang pada harga tiga bintang melalui promosi Makan Tengah Hari Pintar atau Smart Lunch.
Dalam satu kenyataan hari ini, QSR Brands Bhd berkata tawaran itu bertujuan memberikan peminat pasta, nasi dan makanan barat pilihan hidangan yang enak pada harga yang berpatutan.
QSR Brands berkata ia akan membelanjakan lebih RM1.5 juta pada pengiklanan dan promosi pelancaran itu.
Pengarah urusannya, Jamaludin Md Ali, berkata syarikat itu yakin bahawa pelanggan akan menggemari menu baharu ini.
“Jika anda tidak berselera untuk memakan pizza atau pasta, kini terdapat banyak menu lain untuk dipilih pada harga yang berpatutan,” katanya.
Smart Lunch menawarkan tiga kombinasi makanan tengah hari daripada pilihan 16 hidangan yang termasuk pizza, pasta, nasi dan makanan barat, tiga hidangan sampingan dan sembilan minuman pada harga RM8.90, RM12.90 dan RM18.90.
Smart Lunch kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini kecuali Pizza Hut KLCC, Genting Highlands dan Wangsa Maju.
Ia hanya ditawarkan kepada pelanggan yang makan di restoran dan boleh didapati mulai Isnin hingga Jumaat antara 11 am hingga 3 pm, kecuali cuti umum.- Bernama
Incoming search terms:
- promosi pizza hut ogos 2012 (13)
- promosi pizza hut (6)
- harga spaghetti di pizza hut (2)
- promosi pizza (2)
- harga menu pizza hut 2012 (1)
- piza hut promosi hari (1)
- pizza promosi tengah hari (1)



