image Saham AirAsia naik selepas pengumuman pembelian Batavia Air
AirAsia

KUALA LUMPUR – Saham AirAsia Bhd naik dua sen kepada RM3.75 setakat 3 pm hari ini selepas pengumuman syarikat penerbangan itu untuk membeli Batavia Air dari Indonesia dengan harga RM253 juta.

Harga bergerak di antara RM3.75 dan RM3.71 dengan 1.5 juta lot didagangkan.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) berkata pembelian itu akan membolehkan AirAsia mengembangkan kumpulan pesawat dan rangkaiannya serta mendapatkan perkongsian saham yang lebih besar.

“Batavia adalah syarikat penerbangan domestik ketiga terbesar di Indonesia dengan perkongsian pasaran sebanyak 14.2 peratus, melengkapkan perkongsian pasaran terbesar AirAsia Indonesia di Indonesia,” katanya.

HLIB Research berkata pada masa ini, Batavia menggendalikan 33 pesawat dengan 48 laluan, sementara AirAsia Indonesia menggendalikan 18 pesawat dan entiti gabungan ini akan menggendalikan 42 laluan domestik dan 12 laluan antarabangsa.

Firma penyelidikan itu berkata pemerolehan itu juga akan membawa lebih banyak trafik udara ke Malaysia dan ini adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan Malaysia untuk meningkatkan industri pelancongan.

Ia telah mengekalkan saranan “beli” bagi syarikat itu dengan harga sasaran RM4.78.

Sementara itu, AmResearch Sdn Bhd, dalam satu kenyataan berkata, pemerolehan itu kelihatan agak mahal dari segi perspektif perolehan.

Ia berkata Batavia Air menjana antara US$2 juta dan US$3 juta keuntungan bersih setahun dan harga itu membayangkan 27 kali nisbah pendapatan harga.

“Bagaimanapun, kami percaya pemerolehan itu bukan hanya mengenai pembelian pendapatan tetapi untuk mempercepatkan kehadiran domestik AirAsia di Indonesia dan untuk mendapatkan aset di luar lembaran imbangan,” katanya.

banner468x60 Saham AirAsia naik selepas pengumuman pembelian Batavia Air
==============================

AmResearch menetapkan saranan ‘beli’ untuk syarikat itu pada harga adil RM4.20. – Bernama

banner300x250 Saham AirAsia naik selepas pengumuman pembelian Batavia Air

Use Facebook to Comment on this Post