image Anzalna Kali pertama keluar duit raya
Anzalna

Kali pertama beraya sebagai seorang artis, Anzalna Nasir teruja menyambut Aidilfitri tahun ini kerana dia bakal memberi duit raya kepada keluarga dan sanak saudaranya.

banner468x60 Anzalna Kali pertama keluar duit raya
==============================

Menurut Anzalna yang akan beraya di kampung ayahnya yang terletak di Muar, Johor, bajet duit raya yang telah disediakan adalah sekadar mengikut kemampuannya.

“Apa yang penting keikhlasan seseorang itu untuk memberi duit raya walaupun jumlahnya tidak banyak. Selain duit raya, segala persiapan bagi menyambut Aidilfitri kali ini saya lakukan secara sederhana,” ujar anak kedua daripada lima orang adik beradik ini.

Menyentuh tentang memori raya yang masih segar dalam ingatannya, Anzalna mengatakan dirinya amat merindui zaman kanak-kanaknya yang meriah dengan kutipan duit raya.

“Duit raya yang paling banyak pernah saya kutip adalah sebanyak RM500 ketika saya berumur 12 tahun. Itu adalah antara peristiwa manis yang saya masih ingat hingga hari ini.

“Tetapi sekarang masa telah berubah. Tahun ini giliran saya pula beri duit raya kepada anak-anak saudara yang lain,” katanya sambil tersenyum.

Profil

Nama : Nur Anzalna Md Nasir
Tarikh Lahir : 9 Januari 1988
Umur : 24 tahun

banner300x250 Anzalna Kali pertama keluar duit raya

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post