
Bakat Emma Ma’embong Semakin Dapat Perhatian
Nama Emma Ma’embong semakin meningkat naik menerusi drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima di samping pelakon Neelofa, Nazim Othman dan Hafil Andrio Putra.
Di dalam drama berkenaan Emma melakonkan watak sebagai pelajar kolej yang sudah terlanjur dengan buah hatinya.
Walaupun mereka sudah bersetuju untuk berkahwin, namun ia mendapat halangan daripada kedua-dua pihak keluarga.
Selain bergelar pelakon Emma yang kini berusia 20 tahun turut mempunyai bakat dalam aktiviti melukis dan bidang peragaan.
Dengan memiliki wajah pan-asian (Scotland dan Malaysia), bakat lakonan Emma dipercayai boleh pergi jauh lebih-lebih lagi dengan usianya yang masih muda itu.
Mungkin selepas drama ini Emma bakal menerima watak sebagai pelakon utama pula?
Saksikan drama Kau Yang Terindah yang masih hangat ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 7.00 malam sehingga 8.00 malam.
Incoming search terms:
- emma ma\embong biodata (67)
- biodata emma ma\embong (25)
- pelakon kau yang terindah tv3 (11)
- kau yang terindah munira (7)
- drama adam hawa (7)
- emma maembong photo (5)
- pelakon emma (5)
- emma pelakon kau yang terindah (4)
- pelakon emma maembong (4)
- emma embong biodata (4)



