image Gunners rasai kehilangan van Persie
Penyerang Arsenal, Podolski melakukan sepakan cuba dihalang penjaga gol, Sunderland, Simon Mignolet pada di Stadium Emirates, malam tadi. The Gunners dan Blac

TANPA kelibat Robin van Persie, bahagian tengah Arsenal nyata tempang apabila gagal menyerlah membantu bahagian depan The Gunners selepas diikat tanpa jaringan semasa melayan kunjungan Sunderland di Stadium Emirates, malam tadi.

Biarpun Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menurunkan kesebelasan terbaik, yang baru dibeli, seperti Lukas Podolski,  Santiago  Cazorla  bergandingan dengan Theo  Walcott serta Olivier Giroud, namun gagal memecah benteng pertahanan anak buah Martin O’Neil sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Dikemudi kapten pasukan, Thomas Vermaelen barisan generasi baru Arsenal musim ini juga diuji jentera penyudah Black Cats diterajui Fraizer Campbell sebelum kemasukan Louis  Saha pada minit ke-64 memastikan Sunderland mencuri satu mata daripada gelanggang lawan.

Sementara itu, Fulham memulakan saingan kali ini dengan kemenangan besar 5-0  ke atas Norwich City kendalian Chris Houghton di Craven Cottage.

banner468x60 Gunners rasai kehilangan van Persie
==============================

Gol anak buah Martin Jol dijaringkan Damien Duff pada minit ke- 27, 54, Mladen Petric (42), Alexander Kacaniklic (66) dan Steve Sidwell (87).

Aksi di Stadium Madejski pula, hajat anak buah Tony Pilus untuk membawa pula tiga mata berkubur apabila jaringan minit terakhir  Adam  Le Fondre memastikan The Potters berkongsi mata selepas terikat 1-1.

Namun, Stoke City terlebih dulu mendahului Michael Kightly pada minit ke-34 untuk mendahului separuh masa pertama 1-0.

Di Stadium Boleyn Ground, anak buah Sam Allardyce memulakan saingan kembali ke liga elit apabila mencatat kemenangan ke atas Aston Villa, 1-0 menerusi jaringan separuh masa pertama Kevin Nolan pada minit ke-40.

banner300x250 Gunners rasai kehilangan van Persie

Use Facebook to Comment on this Post