
Ifa Raziah Sambut Raya Di Singapura
KUALA LUMPUR – Berbeza dengan umat Islam lain yang ingin pulang ke kampung beraya dengan sanak-saudara, pelakon wanita, Ifa Raziah menyambut Hari Raya Aidilfitri yang pertama di Singapura.
Tahun ini merupakan tahun pertama Ifa Raziah beraya di luar negara.
Keputusannya untuk menyambut hari lebaran adalah kerana dia terlibat dengan komitmen kerja di sana.
Suami dan anak-anaknya juga akan beraya di Singapura selain mengambil kesempatan itu untuk menjenguk saudara-saudara yang masih lagi berada di sana.
“Tahun ini saya beraya di Singapura selama satu hari. Ini kali pertama saya beraya di sana kerana kebetulan saya terlibat dengan sebuah program Bazar di Geylang seminggu sebelum Raya.
“Saya akan bawa suami serta anak-anak sekali dan kami akan gunakan peluang ini untuk melawat sanak-saudara di sana ketika Hari Raya nanti,” kata Ifa Raziah yang dipetik dari laman Gua.com.
Kata Ifa Raziah, menyambut hari kemenangan umat Islam tidak jauh beze sekiranya dia menyambut di kampung halaman.
Namun, dia berasa sedikit sedih kerana tidak dapat menyambut hari bahagia bersama ibunya yang telah pun pulang ke Rahmatullah.
“Bagi saya raya di mana sama saja, tak jauh beza. Cuma mungkin di Singapura tak ada suasana kampung. Ini tahun ketiga saya menyambut Syawal tanpa ibu dan memang sedih sangat.
“Walau bagaimanapun, saya cuba menyibukkan diri supaya tak rasa bersedih,” katanya.
Incoming search terms:
- ifa raziah hot (1)



