
Jabatan Meteorologi Beri Amaran Ribut Petir
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) memberi amaran aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan beberapa negeri akan berterusan sehingga petang ini.
JMM melalui laman webnya memberitahu, ribut petir berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor Barat, Kelantan, Sarawak, Labuan, Selat Melaka Utara, Reef South, Reef North dan Layang-layang.
“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata laman web tersebut.
JMM turut mengeluarkan amaran ketampakan rendah dari lima kilometer di sekitar perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Selat Melaka Utara disebabkan jerebu.
Menurut JMM, keadaan itu dijangka berterusan sehingga 19 Ogos ini dan berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.
Incoming search terms:



