jose 565x376 Jose Bosingwa Sertai Kelab QPR

Jose Bosingwa Sertai Kelab QPR

 

QPR mengumumkan kemasukan bekas pertahanan Chelsea, Jose Bosingwa dengan perjanjian tiga tahun bagi memperkukuhkan benteng pasukan itu musim ini.

Bosingwa, 29, dilepaskan Chelsea selepas kontraknya sudah berakhir penghujung musim lalu.

banner468x60 Jose Bosingwa Sertai Kelab QPR
==============================

“Saya gembira kerana dapat membawa masuk pemain yang kualitinya tidak boleh dipertikaikan lagi. Dia memiliki kepantasan, teknik yang baik serta kemampuan sebagai pemain utama,” kata pengurus QPR, Mark Hughes.

QPR sebelum ini sudah pun mendapatkan dua pemain berpengalaman, Park Ji-Sung dan Djibril Cisse.

Kata Bosingwa: “Saya cukup gembira dapat menyertai kelab ini. Saya mendapat banyak tawaran tetapi memilih kelab ini yang mempunyai projek menarik. Ini mungkin cabaran terbaik buat saya selepas empat tahun bersama Chelsea.”

Pemain Portugal itu bakal menyarung jersi No 19.

banner300x250 Jose Bosingwa Sertai Kelab QPR

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post