
Kekurangan Wanita – Semakin Banyak Kampung Lelaki Terdesak Wujud Di China
Banyak kampung-kampung luar bandar di China secara perlahan-lahan menjadi “kampung bujang”-bandar yang dipenuhi dengan lelaki tunggal dengan tiada harapan untuk berkahwin.
Malah, Kampung Gao Po telah pun dipanggil dengan nama demikian kerana lelaki-lelaki bujang yang ada tidak mempunyai apa-apa prospek untuk berkahwin di sana, mahupun memiliki teman wanita untuk bercakap. Para pemuda di situ terdesak untuk mencari isteri.
Trend ini kemungkinan besar akan terus berkembang di lokasi lain kerana jumlah lelaki China melebihi bilangan wanita China.
Polisi satu anak di China, di mana ibu bapa lebih mementingkan anak lelaki berbanding perempuan, serta kemiskinan di wilayah-wilayah seperti itu, telah menyumbang kepada keadaan menyedihkan itu.
Ramai wanita tunggal juga memilin untuk bekerja di bandar-bandar daripada tinggal di kampung.



