image Nik Aziz: Pas tak halang wakil rakyat kahwin lebih
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
banner468x60 Nik Aziz: Pas tak halang wakil rakyat kahwin lebih
==============================

KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, partinya tidak akan menghalang wakil rakyatnya berkahwin lebih daripada satu sekiranya syarat yang ditetapkan Islam dituruti.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam menetapkan lelaki boleh berkahwin empat, tetapi ia harus dipersetujui isteri pertama dan bukan mengikut nafsu semata-mata.

“Dari segi politik, tidak ada apa-apa, selagi mana mengikut Islam perkahwinan itu dibolehkan,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penafian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Zaki Ibrahim berkahwin dengan pelakon Abby Abadi sebagai mana yang disiarkan dalam blog dan twiter sejak minggu lepas.

banner300x250 Nik Aziz: Pas tak halang wakil rakyat kahwin lebih

Use Facebook to Comment on this Post