sultan Pekerja Dakwa Didera Majikan

Pekerja Dakwa Didera Majikan

 

New York – Seorang jurujual hartanah telah mengemukakan saman terhadap bekas majikannya kerana mendakwa lelaki berkenaan telah membuang air kecil di atas bajunya, melemparkan kasut , gunting dan menggigitnya sepanjang tiga tahun bekerja di Jack Terzi Real Estate.

Albert Sultan, dari New Jersey mendakwa Jack Terzi juga telah memaksanya bekerja selama 12 jam sehari mulai Isnin hingga Jumaat dan pada 26 hari Ahad setiap setahun.

Sultan mengikat kontrak untuk bekerja di Jack Terzi Real Estate selama empat tahun.

Tuntutan saman itu dikemukakan di Mahkamah Agung Manhattan.

Mengikut kertas pertuduhan itu, sepanjang bekerja di syarikat berkenaan, dia juga tidak dibenarkan bercuti dan mengambil cuti sakit selain sentiasa didenda kerana melanggar peraturan syarikat.

Sultan mendakwa dipaksa membayar $15 bagi setiap minit jika dia terlewat ke tempat kerja dan $30 bagi setiap minit jika dia keluar awal.

Denda itu akan meningkat hingga $1,000 jika pekerja gagal datang bekerja pada hari Ahad.

Selain itu, Sultan juga mendakwa sering diherdik dengan kata cacian.

Di samping herdikan tersebut, dia juga didera secara fizikal termasuk digigit dan dibaling kasut serta gunting.

Malah dalam satu kes, Sultan mendakwa Terzi telah membuang air kecil di atas pakaiannya di hadapan individu ketiga dan pernah membuang bekas cukur misai di atas sarapan pagi pekerja di situ.

Susulan itu, Sultan menuntut pampasan sebanyak $129,320 meliputi gaji yang tidak dibayar dan $5 juta kerana pampasan akibat kemusnahan yang dialaminya.

Namun peguam Terzi menafikan dakwaan itu sebaliknya mendakwa Sultan telah mencuri maklumat sulit syarikat dan memulakan perniagaannya sendiri.

banner468x60 Pekerja Dakwa Didera Majikan
==============================

“Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian mahkamah di atas kesalahan yang dilakukannya itu, Sultan telah membuat tuduhan yang tidak berasas dan sengaja menyerang Terzi,’ kata peguamnya.

Terzi turut mengemukakan tuntutan balas dengan mendakwa Sultan bukan seorang pekerja yang setia dan meminta supaya mahkamah menguatkuasa perjanjian antara Terzi dan Sultan untuk bekerja di pejabat berkenaan selama empat tahun.

banner300x250 Pekerja Dakwa Didera Majikan

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post