UcyBw Remy Ishak Bergaya Dengan Armani

KUALA LUMPUR : Selepas sekian lama cuba untuk mendapatkan si aktor kacak bernama Remy Ishak, akhirnya majalah fesyen dan gaya hidup khusus buat lelaki yang bercitarasa tinggi, Glam Lelaki berjaya mendapatkan pelakon Anak Halal berkenaan untuk menghiasi muka depan isu September ini.

banner468x60 Remy Ishak Bergaya Dengan Armani
==============================

Menggayakan dua persalinan daripada koleksi musim luruh dan dingin Emporio Armani dan juga Giorgio Armani, pemilihan Remy Ishak bertepatan sekali dengan wajah dan mood terbaru majalah berkenaan.

Malah pemilihan kekasih kepada Tiz Zaqyah itu diharap dapat memberi simbolik positif terhadap keluaran terbaru Glam Lelaki itu yang kini diterbitkan sebulan sekali berbanding sebelum ini yang diterbitkan sekali dalam tempoh dua bulan.

Wakil Glam Lelaki, RD Idewani Zaini berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan pemilihan Remy Ishak untuk keluaran terbaru majalah berkenaan yang disifatkan cukup istimewa dan bakal membawa pembaharuan.

“Memang sudah lama kami ingin mendapatkan Remy Ishak sebagai penghias muka hadapan majalah Glam Lelaki tetapi belum berkesempatan dan cuma kini kami berpeluang mendapatkannya,” katanya gembira.

Menganggap wajah dan persona Remy Ishak masih relevan di dalam industri perfileman tanah air, RD Idewani berkata banyak perkara yang telah dikongsikan pelakon kulit hitam manis itu untuk tatapan pembaca edisi September.

“Remy Ishak telah berkongsi cerita bersama kami tentang bapanya yang sering dijadikan inspirasi dalam hidup. Dia juga bercerita tentang susah payah pertama kali terbabit dalam bidang lakonan sehingga sekarang.

“Semua itu ada di dalam Glam Lelaki isu September selain lambakan hamparan fesyen terkini untuk jejaka memasuki musim luruh dan dingin,” katanya.

banner300x250 Remy Ishak Bergaya Dengan Armani

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post